1)Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
2)Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
3)Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
4)Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
5)Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
6)Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
7)Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
8)Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
9)Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.
Hanya sekadar menyimpan gambar bf/gf di dalam dompet tidak berdosa. Bagaimanapun, perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur dan perkara haram seperti terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya. Lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.
Allah menjadikan makhluk berpasangan. Ada jantan dan betina, begitu juga lelaki dan wanita. Adam dan Hawa dijadikan untuk membiak keturunan manusia selain mengisi kesunyian jika hanya mencipta satu jantina sahaja.
Kelainan jantina menyebabkan pemikiran di antara lelaki dan wanita berbeza, begitu juga dengan emosi dan tingkah laku.
Wanita dijadikan insan yang lemah lembut, sesuai dengan fitrah mereka sebagai ibu manakala lelaki dicipta lebih keras, kasar dan bengis kerana mereka adalah penghulu rumah tangga serta pemimpin.
Wanita sering dianggap mudah menangis, lemah dan sukar difahami lelaki. Di pihak wanita pula, mereka menganggap lelaki insan kasar, tidak peka dan jarang mempedulikan perasaan kaum hawa. Kesalahfahaman dalam memahaminya boleh mengakibatkan kburukan dan salah cara dalam berkomunikasi.
Aku tak tahu ini keputusan yang terbaik untuk aku atau tak. Tapi aku yakin ini adalah keputusan yang baik kerana aku telah mengambil masa selama seminggu untuk memikirkannya. Al-hamdulillah, aku bersyukur kerana aku dapat membuat satu keputusan dengan tepat.
Aku tak kisah apa orang lain nak kata, apa yang penting aku tahu apa yang aku buat dan apa yang aku buat adalah benda yang betul.
Dalam soal memilih jodoh ni, aku taklah cerewet sangat kerana pada aku kalau muka hensem tapi hati 'busuk' baik tak payah. Muka yang hensem bukannya menjamin apa-apa kebahagiaan. Sebaliknya, hati yang baik dan budi pekerti yang luhur dapat menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan.