MEMAHAMI HATI BUDI LELAKI

6:54 PM Posted In , Edit This 0 Comments »

Allah menjadikan makhluk berpasangan. Ada jantan dan betina, begitu juga lelaki dan wanita. Adam dan Hawa dijadikan untuk membiak keturunan manusia selain mengisi kesunyian jika hanya mencipta satu jantina sahaja.
    Kelainan jantina menyebabkan pemikiran di antara lelaki dan wanita berbeza, begitu juga dengan emosi dan tingkah laku.
    Wanita dijadikan insan yang lemah lembut, sesuai dengan fitrah mereka sebagai ibu manakala lelaki dicipta lebih keras, kasar dan bengis kerana mereka adalah penghulu rumah  tangga serta pemimpin.
     Wanita sering dianggap mudah menangis, lemah dan sukar difahami lelaki. Di pihak wanita pula, mereka menganggap lelaki insan kasar, tidak peka dan jarang mempedulikan perasaan kaum hawa. Kesalahfahaman dalam memahaminya boleh mengakibatkan kburukan dan salah cara dalam berkomunikasi.

0 comments: