AKU CINTA... AKU RINDU...

1:11 AM Edit This 0 Comments »

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya. 

Benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk                   menerangi segalanya.

Kepada sang arjuna hati (EEMAL ZAREEF BIN CEANRY), ku amat menyayangi dan menyintaimu... Tanpamu diriku akan kesepian, kesunyian, kebosanan, kekosongan, kerinduan dan hidup ku tidak bermakna lagi... Andai kau pergi walau sesaat, jiwa ku sudah merintih "JANGAN TINGGAL DAKU"... Nama dan wajahmu telah terpahat kukuh didalam sanubari ku buat selama-lamanya... Dirimu tiada penggantinya... 


Read More

HMMMMMMM........

12:05 AM Edit This 0 Comments »

Adushhh !!! sudah lama aq x up8 blog & bukak fb... bukan malas tp ntah ler... aq nk fokus pd study... nk up8 blog slalu pn xtau nk share ape, idea xde & otak tepu.. wakakaka~ ishhh!!! seriously aq xtau nk tulis ape... dgn bebanan assgnmt yg byk + mslh family... adushhh!!!


Read More

PETUA-PETUA PENGGUNAAN KAD KREDIT

9:27 PM Posted In Edit This 0 Comments »

1) Ingat, kad kredit bukan wang percuma.

2) Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan.

3) Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan 
berbelanja melebihi pendapatan anda.

4) Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali).

5) Bayar kesemua baki setiap bulan, tetapi ini juga sukar, bayar amaun lebih 
daripada amaun minima bulanan anda.

6) Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannya didalam

peti ais!


Read More

PETUA MEMBINA RUMAH TANGGA BAHAGIA

6:38 PM Posted In , Edit This 0 Comments »


1)     Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
2)     Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
3)     Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
4) Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
5)     Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
6)      Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
7)      Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
8)      Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
9)      Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.


Read More

ADAKAH DOSA SIMPAN FOTO BF/GF DLM DOMPET ??????

7:42 PM Posted In , Edit This 0 Comments »


Hanya sekadar menyimpan gambar bf/gf di dalam dompet tidak berdosa. Bagaimanapun, perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur dan perkara haram seperti terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya. Lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.


Read More

MEMAHAMI HATI BUDI LELAKI

6:54 PM Posted In , Edit This 0 Comments »

Allah menjadikan makhluk berpasangan. Ada jantan dan betina, begitu juga lelaki dan wanita. Adam dan Hawa dijadikan untuk membiak keturunan manusia selain mengisi kesunyian jika hanya mencipta satu jantina sahaja.
    Kelainan jantina menyebabkan pemikiran di antara lelaki dan wanita berbeza, begitu juga dengan emosi dan tingkah laku.
    Wanita dijadikan insan yang lemah lembut, sesuai dengan fitrah mereka sebagai ibu manakala lelaki dicipta lebih keras, kasar dan bengis kerana mereka adalah penghulu rumah  tangga serta pemimpin.
     Wanita sering dianggap mudah menangis, lemah dan sukar difahami lelaki. Di pihak wanita pula, mereka menganggap lelaki insan kasar, tidak peka dan jarang mempedulikan perasaan kaum hawa. Kesalahfahaman dalam memahaminya boleh mengakibatkan kburukan dan salah cara dalam berkomunikasi.


Read More

.....KAWAN ATAU LAWAN.....

1:25 AM Posted In , Edit This 0 Comments »

Bukannya senang kita nak cari kawan, lawan ramai la. Aku memang sayang kawan-kawan aku. Tapi dorang tu aku tak tau ler??


Read More

BAHAGIA

10:41 PM Posted In , Edit This 0 Comments »

Aku tak tahu ini keputusan yang terbaik untuk aku atau tak. Tapi aku yakin ini adalah keputusan yang baik kerana aku telah mengambil masa selama seminggu untuk memikirkannya. Al-hamdulillah, aku bersyukur kerana aku dapat membuat satu keputusan dengan tepat.

Aku tak kisah apa orang lain nak kata, apa yang penting aku tahu apa yang aku buat dan apa yang aku buat adalah benda yang betul.

Dalam soal memilih jodoh ni, aku taklah cerewet sangat kerana pada aku kalau muka hensem tapi hati 'busuk' baik tak payah. Muka yang hensem bukannya menjamin apa-apa kebahagiaan. Sebaliknya, hati yang baik dan budi pekerti yang luhur dapat menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan.


Read More