1)Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
2)Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
3)Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
4)Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
5)Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
6)Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
7)Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
8)Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
9)Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.
Hanya sekadar menyimpan gambar bf/gf di dalam dompet tidak berdosa. Bagaimanapun, perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur dan perkara haram seperti terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya. Lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.
Allah menjadikan makhluk berpasangan. Ada jantan dan betina, begitu juga lelaki dan wanita. Adam dan Hawa dijadikan untuk membiak keturunan manusia selain mengisi kesunyian jika hanya mencipta satu jantina sahaja.
Kelainan jantina menyebabkan pemikiran di antara lelaki dan wanita berbeza, begitu juga dengan emosi dan tingkah laku.
Wanita dijadikan insan yang lemah lembut, sesuai dengan fitrah mereka sebagai ibu manakala lelaki dicipta lebih keras, kasar dan bengis kerana mereka adalah penghulu rumah tangga serta pemimpin.
Wanita sering dianggap mudah menangis, lemah dan sukar difahami lelaki. Di pihak wanita pula, mereka menganggap lelaki insan kasar, tidak peka dan jarang mempedulikan perasaan kaum hawa. Kesalahfahaman dalam memahaminya boleh mengakibatkan kburukan dan salah cara dalam berkomunikasi.
Aku tak tahu ini keputusan yang terbaik untuk aku atau tak. Tapi aku yakin ini adalah keputusan yang baik kerana aku telah mengambil masa selama seminggu untuk memikirkannya. Al-hamdulillah, aku bersyukur kerana aku dapat membuat satu keputusan dengan tepat.
Aku tak kisah apa orang lain nak kata, apa yang penting aku tahu apa yang aku buat dan apa yang aku buat adalah benda yang betul.
Dalam soal memilih jodoh ni, aku taklah cerewet sangat kerana pada aku kalau muka hensem tapi hati 'busuk' baik tak payah. Muka yang hensem bukannya menjamin apa-apa kebahagiaan. Sebaliknya, hati yang baik dan budi pekerti yang luhur dapat menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan.
Menyertai gim memang baik untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Tetapi poket anda bagaimana? Ada banyak cara lain untuk mengekalkan kesihatan tanpa perlu ke gim atau membebankan perbelanjaan anda. Antaranya : -
1) CARI VIDEO SENAMAN
Banyak pilihannya,daripada rutin aerobik dan tarian sehinggalah kepada rutin regangan seperti yoga. Inilah cara terbaik untuk memudahkan anda membiasakan diri dengan senaman.
2) GUNAKAN TALI SKIP
Melompat menggunakan tali skip adalah senaman yang baik untuk membakar lemak dibadan. 30 minit sehari pun sudah memadai. Ia membina otot pada seluruh badan, dari otot di kaki, labu betis, tangan dan bahu.
3) BERJALAN SAHAJA
Berjalan adalah senaman yang paling ringkas dan mudah. Ia menguatkan kaki dan memantapkan bahagian pinggul serta punggung. Pilihan untuk berjalan jika hendak ke kedai runcit atau keluar makan dan menaiki tangga daripada menaiki lif.
sorry sangat2...saya rasa sangat2 bersalah pada diri sendiri bila tak dapat nak update blod ni selalu...maklum laa sekarang ni saya dah cuti semester...kat umah takde line internet,wifi lagi laa haram nak dapat,broadband plak dah terminate...uhuhu..sedih nye...dah r bowing giler dok umah...uhuhuhu...
:(
Ada apa dgn lelaki? Kenapa perempuan perlu b'cinta dgn lelaki? Kepentingan apa yg perempuan dpt kalau mendampingi seorg lelaki?
Adakah semua lelaki hanya memandang perempuan melalui paras rupa? Paras rupa tidak m'jamin apa2 dlm suatu p'hubungan. Kita ni makin lama makin tua. Kecantikan yg dimiliki & dianugerahkn oleh Tuhan kpd kita pd hari ini hanya sementara saja. Jadi, kita perlulah b'syukur di atas pemberian-Nya. B'syukur itu separuh dr iman.
Perempuan merupakn kaum yg lemah, kaum yg sepatutnya dijaga,dirawat & dilindungi oleh kaum lelaki. Tetapi,masih wujudkah kaum lelaki yg sedemikian? Mungkin ada, cuma bilangannya t'amat kecil. Buatlah p'timbangan dgn akal yg waras sebelum m'buat sesuatu keputusan. Agar kita tidak menyesal dikemudian hari. Kalau nasi dah jadi bubo,apa boleh buat? Tol tak?
Perasaan ialah suatu p'kara yg t'amat subjektif & sukar dirungkai. Jgn biarkn hawa nafsu menguasai diri kita. Laksana musnahnya kayu dimakan api yg menyala.
Kpd kaum lelaki diluar sana, jgnlah anda sewenang-wenangnya m'permainkn perasaan perempuan,jgnlag anda m'jadi seperti org yg bila "habis madu,sepah dibuang" dll yg korg rasa lelaki tak patut buat kat perempuan. Saya tak salahkn lelaki 120% tetapi anda sendiri mau ingat laa...
Entri aku kali ini adalah mengenai fesyen. Orang ramai selalu terlepas pandang terhadap fesyen tudung. Tudung tidak boleh dipisahkan dari diriku. Wah..ayat.!! hahaha...:-D :-D .. Korang tengok sendiri fesyen tudung kat bawah ni. Aku siap edit lagi.