PETUA MEMBINA RUMAH TANGGA BAHAGIA

6:38 PM Posted In , Edit This 0 Comments »


1)     Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan serta memandang dengan penuh kasih sayang antara suami dan isteri.
2)     Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih, berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya.
3)     Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.
4) Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.
5)     Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
6)      Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan.
7)      Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan.
8)      Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman.
9)      Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.

0 comments: