SIHAT TANPA PERLU KE GIM

3:14 AM Posted In Edit This 0 Comments »

Menyertai gim memang baik untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Tetapi poket anda bagaimana? Ada banyak cara lain untuk mengekalkan kesihatan tanpa perlu ke gim atau membebankan perbelanjaan anda. Antaranya : -

1) CARI VIDEO SENAMAN

  • Banyak pilihannya,daripada rutin aerobik dan tarian sehinggalah kepada rutin regangan seperti yoga.   Inilah cara terbaik untuk memudahkan anda membiasakan diri dengan senaman.
2) GUNAKAN TALI SKIP
  • Melompat menggunakan tali skip adalah senaman yang baik untuk membakar lemak dibadan. 30 minit sehari pun sudah memadai. Ia membina otot pada seluruh badan, dari otot di kaki, labu betis, tangan dan bahu.
3) BERJALAN SAHAJA
  • Berjalan adalah senaman yang paling ringkas dan mudah. Ia menguatkan kaki dan memantapkan bahagian pinggul serta punggung. Pilihan untuk berjalan jika hendak ke kedai runcit atau keluar makan dan menaiki tangga daripada menaiki lif.

0 comments: